Welcome to my site

Selamat datang ke Brillante Blog. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda.

Sarawak kekurangan 1,565 guru

Saturday, January 9, 2010


Perpindahan guru dari Semenanjung ke negeri asal masing-masing merupakan antara punca Sarawak mengalami masalah kekurangan 1,565 guru sekolah menengah bagi sesi persekolahan 2010. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kekosongan itu melibatkan guru-guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Ada yang berpendapat supaya rakyat Sarawak berkhidmat di negeri mereka sendiri. Persoalannya sekarang ialah adakah jumlah rakyat Sarawak yang menjadi guru mencukupi?? Kebanyakan guru dari Semenanjung tidak mahu berkhidmat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak kerana kemudahan yang tidak mencukupi dan sukar bagi mereka untuk pulang ke kampung apabila tiba musim perayaan dan cuti sekolah. Adakah kerajaan sekarang mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah ini?? Sama-sama kita nantikan kesudahannya...

0 comments:

Post a Comment