Welcome to my site

Selamat datang ke Brillante Blog. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda.

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010

Saturday, January 9, 2010

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan satu karnival yang bertemakan 'Pendidikan Untuk Semua'. Karnival ini akan dijalankan di sepuluh zon pada tarikh yang telah ditetapkan. Karnival ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan masuk adalah percuma. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan ialah pameran pendidikan, informasi kemasukan, kuiz Jom Masuk 'U', forum, cabutan perdana / bertuah, permohonan aplikasi dalam talian dan khidmat bimbingan & kaunseling IPT serta agensi kerajaan. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di talian 03-8883 5801/5802.

0 comments:

Post a Comment